Menteri Luar Iran pertahan serangan ke atas Kuwait, Bahrain sebagai ‘pertahanan diri’

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mempertahankan serangan negara itu ke atas Kuwait dan Bahrain sebagai “serangan pertahanan diri”, lapor Al Jazeera.

Menurut Al Jazeera, Kuwait memintas 30 peluru berpandu balistik dan dron, manakala serangan ke atas lapangan terbangnya membunuh seorang dan mencederakan berpuluh-puluh orang.

Araghchi dilapor menulis di X bahawa tentera Iran menyasarkan tapak yang “digunakan oleh tentera AS untuk menyerang kapal awam dan melanggar gencatan senjata”.

“Apa yang gagal dicapai oleh sekatan dan perang tidak akan dimenangi dengan lebih banyak perang,” katanya.