2 ditikam semasa pencerobohan rumah di timur Australia

Sepasang suami isteri warga emas dimasukkan ke hospital dengan luka tikaman mengancam nyawa dan penyerang mereka dirawat kerana luka tembakan susulan pencerobohan rumah di timur Australia, menurut berita Xinhua.

Pasukan polis di negeri New South Wales dilapor berkata, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sebuah hartanah luar bandar kira-kira 500 km di utara Sydney selepas seorang lelaki berusia 75 tahun dan isterinya yang berusia 72 tahun ditikam oleh seorang lelaki yang masuk ke dalam rumah mereka sekitar jam 12:15 pagi pada Khamis.

Susulan serangan awal, polis dilapor berkata, penyerang terbabit, seorang lelaki berusia 34 tahun, meninggalkan rumah itu sebelum dia ditembak oleh lelaki berusia 75 tahun itu semasa cuba memasuki semula hartanah terbabit.

Dia dibawa ke hospital di bawah kawalan polis dalam keadaan serius tetapi stabil dan didakwa dengan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan atau kecederaan parah kepada seseorang dengan niat untuk membunuh.